LATAR BELAKANG
HAWARI VENTURE (002922246-P) ialah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Bumiputera dan ditubuhkan pada tahun 2019 di Malaysia. Kami yakin Malaysia adalah sumber & landasan yang kukuh untuk menjadi industri halal global yang gemilang. Sebagai antara sebuah syarikat Bumiputera di dalam segmen Penjagaan Diri, kami bertekad untuk menjadikan jenama HAWARI sebagai "National Brand" serta menjadi produk penjagaan diri pilihan utama rakyat Malaysia.
PRINSIP
Kami tegas dalam memastikan produk kami mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta berpandukan hukum syarak. Kami menjamin bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk kami tidak mengandungi bahan yang was-was dan haram yang membahayakan kesihatan. Kami juga sentiasa menjaga keperluan & kepentingan pengguna yang menggunakan produk keluaran syarikat kami dengan memastikan ianya sentiasa ‘Halalan Toyyiban’ (Bersih, selamat dan berkualiti).
VISI
HAWARI sebagai satu jenama tempatan (national brand) yang terkemuka diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Syarikat HAWARI menjadi pengeluar Utama & Terbesar bagi produk penjagaan diri yang terbaik diperingkat antarabangsa.
MISI
- Menerajui inovasi dan pengeluaran produk penjagaan diri yang halal dan berkualiti
- Menghasilkan 300 jenis produk penjagaan diri yang halal dan berkualiti
- Membantu dan memudahkan umat Islam dalam memilih serta menggunakan produk halal dan berkualiti
0 Comments