Pengenalan
Senna atau nama saintifiknya "Cassia angustifolia" merupakan daun yang telah digunakan sejak kurun ke-9 oleh bangsa arab bagi tujuan kesihatan dalam melegakan sembelit dan mencuci perut (colon). Senna diguna oleh tamadun-tamadun besar seperti tamadun islam, tamadun cina dan juga tamadun india bagi tujuan kesihatan.
Tamadun Islam
Ibn al-Qayyim (Prophetic Medicine)- Kesan yang baik terhadap depresi, retak di kaki, ketegangan pada otot, membaiki rambut, kutu, kudis dan gatal-gatal.
Tamadun China
Dr Li Shizhen (Bencao Gangmu) -Perubatan herba telah digunakan di China sejak beribu-ribu tahun. Dalam abad ke-16, doktor yang dipanggil Li Shizhen disenarai sebagai individu yang cemerlang kerana berjaya merekod 1,892 herba dan 11,000 preskripsi dalam buku yang dipanggil Bencao Gangmu (本草纲目) .Dalam China, herba bukan sahaja digunakan untuk merawat, ianya juga digunakan di dalam makanan bagi tujuan menjamin kesihatan keluarga. Di dalam buku tersebut menamakan senna sebagai herba membersihkan sistem colon(usus).
Tamadun India
Dalam bahasa sanskrit digelar Svarnapatri manakala dalam hindi dipanggil Sanaya - digunakan untuk menyingkirkan cacing di usus secara berkesan juga digunakan dalam darah tinggi dan obesiti.
Khasiat Senna
1) Melegakan Sembelit
Daun senna membantu dalam melembutkan najis buangan bagi memudahkan untuk dibuang melalui sistem pencernaan
2) Detoksifikasi (Cleansing Herb)
Daun senna membantu mengurangkan sakit perut dengan menurunkan panas di usus besar kerana membersihkan makanan yang terperangkap. Juga bertindak untuk detoks membuang toksin dalam sistem pencernaan untuk meningkatkan penyerapan nutrien dan metabolisme serta membolehkan badan menjadi lebih sihat
3) Membantu Dalam Penurunan Berat Badan
Senna mengandungi bahan kimia semulajadi yang dikenali sebagai sennosides. Sennosides bertindak memberi kesan pelawas :
Dalam dua cara :
- Senna mempunyai sifat diuretik (meningkatkan kadar perkumuhan air). Ini menjadikan ia baik untuk mencerna lebihan air dan cecair lain di dalam badan. Seterusnya mampu menurunkan berat badan air yang berlebihan dan membuat anda kehilangan berat badan.
- Senna membersihkan kolon. Ini membantu membuang lemak dan melangsingkan badan kerana ia mengurangkan bahan buangan di dalam badan, termasuk yang toksik, yang diketahui menyebabkan pertambahan berat badan serta membawa penyakit kepada badan.
Dapatkan Teh Senna Anda
0 Comments