Arabic Gum



PENGENALAN

Arabic gum berasal daripada pokok Acacia senegal, ia juga diperoleh dari pokok Acacia seyal.  Ia adalah pokok berduri, berbatang kecil yang selalunya tumbuh hingga ke ketinggian 15 kaki. Pokok ini adalah natif di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India. Ketika kemarau, kulit pokok tersebut pecah mengeluarkan lelehan sap (getah) yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti apa yang digelar gam arab.


Gam arab telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Orang mesir selalu menggunakannya dalam minuman dan makanan, ia juga untuk ubatan bagi mengurangkan rasa sakit. Pengamal perubatan tradisional selalu menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai pelawas, melegakan cirit-birit, menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala, malah ia dipercayai untuk menajamkan ingatan dan menghindar dari penyakit nyanyuk dan lupa.

Gam Acacia adalah rapuh, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Ia sangat mudah larut dalam air.


KHASIAT ARABIC GUM


1. Melegakan Kesakitan Dan Kerengsaan

Arabic Gum mempunyai tekstur yang melekit. Bahan yang melekit sering digunakan untuk mengurangkan kerengsaan dan keradangan. Arabic Gum telah terbukti berkesan terutama dalam meredakan ketidakselesaan perut atau tekak.

2. Pengurusan Berat Badan

Arabic Gum menyebabkan rasa kenyang. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti kerana si pemakan akan kurang untuk makan setelah mengambil arabic gum.

3. Sumber Serat yang Baik

Arabic Gum membantu mengawal dan mengurangkan tahap kolestrol dalam darah disebabkan kandungan serat yang tinggi. Pengambilan serat yang cukup membantu mengawal paras kolesterol, melawaskan pembuangan air besar dan mencegah masalah sembelit. Ini kerana serat meningkatkan kadar pergerakan usus dan melancarkan sistem penghadaman makanan dalam usus.


4. Melegakan Batuk dan Sakit Tekak

Arabic Gum mempunyai tekstur yang melekit semasa dimakan. Ciri ini dapat menguranglan sakit tekak dan membantu mengatasi batuk kering dengan menjaga kelikatan tekak. Arabic Gum juga mengandungi sifat anti-radang yang mencegah pembengkakan, kehilangan suara, dan jangkitan bakteria di kerongkong.


5. Melindungi Hati

Serat yang terkandung dalam Arab Gum membantu melindungi hati dengan mencegah lipid atau sel lemak melekat pada hati. 


6.  Gout 

Masalah yang dihadapi ramai warga emas terutama lelaki. Gout juga boleh berlaku di kalangan golongan muda yang mengabaikan gaya hidup sihat. Apa yang menarik, Gum Arabic sering mendapat maklum balas yang positif di kalangan pesakit gout selepas mengamalkannya.


7. Membantu Mengatasi Tekanan Oksidatif

Arabic Gum mengandungi antioksidan yang boleh membantu untuk melawan radikal bebas. Radikal bebas  adalah penyebab utama tekanan oksidatif yang menyebabkan kerosakan sel dan organ malah boleh menyebabkan barah.


8. Mengatasi Cirit Birit

Arabic Gum berpotensi untuk menghalang pertumbuhan bakteria S. Aureus yang dikenali sebagai penyebab cirit-birit.


Dapatkan Kopi Pra Campuran Al Manna  Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa