Kunyit Hitam

Pengenalan

Pokok Kunyit Hitam (Curcuma caesia) merupakan sejenis pokok herba kunyit daripada keluarga Zingiberaceae yang jarang kita jumpa. Pokok kunyit hitam ini popular di India sebagai satu daripada bahan rempah untuk dijadikan bahan perubatan tradisional. Di Malaysia, kunyit hitam kurang ditanam tetapi ramai orang mencari benih untuk ditanam bagi tujuan perubatan. Fungsi kunyit hitam membetulkan kembali sistem dalam tubuh dan secara tidak langsung menyelesaikan menyelesaikan masalah dalam tubuh badan. Disebabkan itu kunyit hitam mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat kepada kesihatan. Bagi mengekal serta menambahbaik kesihatan, memakan kunyit hitam begitu sahaja adalah sangat mustahil, memasaknya dalam masakan pula tidak setiap hari akan memakan menu yang sama. Perkara yang paling mudah adalah meminum kopi kunyit hitam atau memakan kapsulnya.

Khasiat Kunyi Hitam

1) Anti Oksidan Yang Tinggi

Kunyit hitam mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang sangat tinggi antioksidannya. Antioksidan yang tinggi menjadikan kulit dan badan anda mendapat oksigen, tenaga serta zat yang membolehkan kulit kelihatan lebih cantik dan sihat, begitu juga dengan tubuh badan.

2) Meningkatkan Antibodi

Antibodi atau daya tahan badan dapat ditingkatkan dengan khasiat kunyit hitam. Sebagai tumbuhan herba yang juga digunakan sebagai rempah ratus, kunyit hitam membekalkan tenaga dan kekuatan kepada anda yang mempunyai masalah daya tahan badan lemah dan mudah mendapat penyakit.


3) Memulihkan Masalah Haid Kronik

Masalah haid selalunya terjadi pada kaum wanita setiap bulan.  Ada segelintir wanita yang mengalami masalah haid kronik di mana senggugut akan menyebabkan kesakitan yang sangat teruk sehingga tidak dapat bangun dan menjalani rutin harian seperti bekerja dan sebagainya. Namun, ada juga yang mengalami masalah haid seperti haid tidak berhenti dalam tempoh yang lama dan sebagainya.  Kunyit hitam merupakan herba yang membantu mengatasi masalah haid kronik wanita.

4) Merawat Luka Dalaman

Luka dalaman akibat daripada eksiden, tumpah darah, gugur, pendarahan dan sebagainya dapat diatasi dengan kunyit hitam ini. Selain itu, luka-luka yang anda alami seperti jerawat, bisul dan lain-lain juga akan dapat dirawat dengan baik.  Paling mengejutkan, anda yang mempunyai luka kencing manis juga dapat mengurangkan kesakitan bersama kunyit hitam. Ia sangat hebat dalam merawat luka dalaman anda.

5)Melawan Penyakit Secara Semulajadi

Kunyit hitam bersifat berupaya mencegah dan menghilangkan segala bakteria dan kuman ataupun virus yang menjengah ke dalam tubuh badan anda. Mengambil kunyit hitam secara berterusan membolehkan virus tersebut dicegah sepenuhnya.  Selain itu, kunyit hitam juga berfungsi melawan penyakit secara semulajadi dengan mudah dan pantas.

6) Meningkatkan keinginan seksual

Kunyit hitam meningkatkan fungsi seksual untuk golongan lelaki. 

7)Kulit Gatal

Penyebab terjadinya gatal-gatal pada kulit akibat bakteria yang menyerang kulit, demikian juga keadaan cuaca yang panas dan kurang baik boleh menyebabkan timbulnya rasa sangat gatal pada kulit.Khasiat di dalam Kunyit hitam mampu dimanfaatkan untuk membantu masalah kulit gatal. Dimana di dalam kunyit hitam memiliki kandungan yang bersifat anti-bakteria yang bermanfaat untuk kulit gatal. Khasiat kunyit hitam ini juga mampu untuk melawan keradangan pada kulit dengan berkesan.

8) Membantu Menurunkan Kadar Glukosa Dalam Darah

Curcumin merupakan suatu bahan aktif yang terdapat pada tumbuhan Kunyit Hitam yang mampu menurunkan kadar glukosa dalam darah kerana ia memiliki sifat antioksidan yang tinggi serta tidak beracun. Sifat antioksidan pada curcumin mampu menekan “Reactive Oxygen Species” (ROS) akibat dari kelebihan zat besi yang mempengaruhi ketahanan insulin dan fungsi sel pada pankreas. Pengunaan curcumin sebagai antioksidan membantu meregenerasikan sel pankreas untuk menghasilkan insulin bagi mengawal kadar glukosa dalam darah. Namun ia tidak bersifat kekal. Pengambilan “Curcumin” secara konsisten dapat membantu pesakit Diabetes meregulasikan kadar gula dalam darah dari semasa ke semasa.


Dapatkan Kopi Kunyit Hitam Anda



Dapatkan Kapsul Kunyit Hitam Anda






Join Telegram Channel kami untuk info semasa