Pengenalan

Susu kambing adalah makanan baik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak. Susu kambing pada awalnya sering dianggap berbau hamis dan kurang enak. Namun, seiring perkembangan zaman, susu kambing melalui proses pembuatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan susu dalam bentuk serbuk yang bebas bau hamis dan ditambah perisa enak untuk dinikmati sesiapa saja. Selain menawarkan kalsium yang tinggi, pengambilan susu kambing secara teratur mampu mencegah pereputan tulang (osteoporosis), mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan.


Khasiat Susu Kambing

1. Mencantikkan Kulit
Susu kambing diperkaya dengan kandungan asid lemak dan trigliserida, yang membuatkan ianya bagus untuk kulit. Memandangkan ianya juga bersifat alkali, susu tidak akan menghakis kulit anda. Selain itu, susu kambing juga penuh dengan kandungan vitamin A. Vitamin A ini merupakan nutrien penting untuk kulit. Asid laktik yang ada pada susu juga boleh melembabkan dan mencerahkan kulit.

2. Mengimbangi pH Badan
Mengekalkan pH yang seimbang dalam badan merupakan hal yang sangat penting. Ianya dapat memastikan sistem badan berjalan dengan lancar. Kandungan mineral yang terdapat dalam susu kambing bersifat alkali. Ianya dapat meneutralkan pH dalam darah dan membantu sistem penghadaman. Jika seseorang individu mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darah dan sistem penghadaman, individu terbabit akan lebih sering mengalami keletihan yang melampau, gastrik, sakit kepala, ketidakseimbangan gula dalam darah, pelbagai jenis jangkitan kulat dan juga pelbagai penyakit lain. Jadi, sangat penting untuk anda kekalkan pengambilan susu kambing setiap hari untuk mendapatkan pH yang stabil dan mengelakkan penyakit yang tidak diingini.

3. Meningkatkan Kesihatan Otak
Lipid dalam susu kambing boleh mengurangkan masalah kebimbangan. Susu kambing juga memiliki konjugasi asid linoleik yang terkenal dengan manfaatnya yang dapat mempengaruhi perkembangan otak

4. Menguatkan Tulang
Susu kambing yang dihasilkan tinggi dengan kalsium. Ianya membekalkan kalsium yang tinggi tanpa memberi kesan sampingan. Selain itu, ianya dapat mengekalkan kestabilan kalsium dalam badan dan mengekalkan tulang yang sihat sepanjang hayat.Jadi, risiko untuk mendapat penyakit seperti tulang rapuh ataupun osteoporosis dapat dielakkan.


5. Menghalang Anemia
Susu kambing memiliki 'bioavailability iron' yang tinggi yang membantu dalam penyerapan iron. Ini juga bermaksud, ianya dapat menghalang anemia.

6. Meningkatkan Kesihatan Rambut
Rambut memerlukan nilai pH yang seimbang, sama seperti tubuh badan manusia. Sifat susu kambing yang alkali dapat membantu rambut mendapatkan pH yang seimbang dan seterusnya mendapatkan kesihatan rambut yang baik.


Dapatkan HUD Goat Milk Premix Drink Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa