Lemon Serai Halia


Pengenalan

Lemon Serai halia mempunyai manfaat yang baik kepada tubuh badan.  Lemon serai  halia yang di jadikan minuman bermanfaat untuk detoksifikasi badan. Seterusnya menjadikan badan lebih sihat.


Khasiat Lemon Serai Halia

1. Mengatasi Masalah Perut 
Mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.


2. Melegakan Senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai halia lemon setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang.


3. Menurunkan Tekanan Darah
Serai juga banyak bermanfaat untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

5. Sebagai Diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

6. Detoksifikasi 
Jika anda ingin tahu, serai dan lemon mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

7. Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.




Dapatkan Teh O Lemon Serai Halia Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa