Urutan Badan


PENGENALAN

Urutan merupakan sentuhan, usapan, menekan dan menguli bahagian-bahagian badan yang tertentu untuk melegakan kesakitan, merehatkan, merangsang yang menyenangkan pada kulit dan memberi manfaat kepada tisu lembut (otot, tendon, dan ligamen). Terapi urutan adalah cara yang baik untuk membantu penyembuhan. Urut telah digunakan sejak zaman purba, dan terus sehingga kini sebagai pilihan yang berdaya maju untuk rawatan tekanan, kecederaan tisu lembut, kejang otot, pengurusan kesakitan dan pemulihan. Kekerapan rawatan urut yang akan sesuai untuk anda berdasarkan kepada keperluan.

Perubahan fisiologi berlaku dalam badan disebabkan oleh peningkatan sirkulasi dan pelepasan -pelepasan neuro dan hormon ke dalam aliran darah semasa  urutan di lakukan. Ini menunjukkan bahawa urutan mengurangkan tahap hormon tekanan  dan meningkatkan relaksasi dalam badan dan juga meningkatkan tahap serotonin di dalam otak (hormon gembira) yang membawa kepada rasa keseluruhan peningkatan kesejahteraan. Hormon tekanan negatif boleh membawa kepada penyakit dan menjejaskan sistem imun apabila hadir di tahap yang tinggi. Terapi urut adalah cara yang baik untuk memerangi kesan-kesan tekanan dan gaya hidup yang terlalu banyak bekerja.


KELEBIHAN & KEBAIKAN BERURUT BADAN
  1. Urutan mampu meningkatkan pengaliran darah & membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. (Perjalanan darah yang tersekat ialah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu di badan.
  2. Urutan mampu mengurangkan kesakitan walaupun ia bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat.
  3. Urutan mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar & mengurangkan lesu terutamanya bagi yang selalu keletihan dengan tugasan harian.
  4. Urutan mampu memperbaiki pernafasan dan mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. (Oksigen dalam darah merah dapat membuatkan badan jadi sihat dan segar).
  5. Urutan membantu membetulkan perjalanan darah dan seterusnya boleh merawat penyakit penyakit seperti lemah syahwat (tenaga batin dan sebagainya).
  6. Urutan mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan tenang.
  7. Urutan digalakkan dilakukan sebelum melakukan bekam. (Badan yang telah diurut membantu melancar mengeluarkan darah sewaktu berbekam).
  8. Urutan digalakkan kepada bakal pengantin bagi membantu menaikkan 'seri', cergas, dan lebih bersemangat sewaktu hari persandingan serta khasiat lainnya. (Disyorkan berurut seawal satu bulan sebelum nikah).
  9. Urutan juga mampu mengeluarkan *angin* dalam badan yang menyebabkan masalah seperti kembung perut, pedih ulu hati, mual, pening, dan lain-lain lagi.
  10. Urutan juga mampu membantu melancarkan pencernaan ketidakhadaman yang menyebabkan sembelit ringan.
  11. Segalanya ikhtiar dan berusaha bagi mengelakkan pelbagai penyakit kronik yang mengganggu aktiviti harian anda.


DAPATKAN  KRIM URUTAN BADAN ANDA DI BAWAH INI !





Dapatkan Krim Urutan Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa