Halia


Pengenalan

Halia adalah rempah-ratus yang banyak digunakan dalam masakan timur dan barat. Tanaman halia ini berasal dari Asia Tenggara dan tersebar meluas di serata dunia. Negara yang banyak mengeluarkan halia termasuklah Thailand, China, India, Australia dan Nigeria. Halia sering digunakan sebagai rempah dalam masakan dan juga sebagai ubatan tradisional. Tanaman ini dikatakan dapat membuang angin yang terdapat di dalam usus, membantu menghadamkan makanan dan​ menguatkan tenaga batin.


Khasiat Halia

1) Mengurangkan Keradangan

Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.


2) Melegakan Loya

Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.


3) Mengurangkan Kesakitan Haid

Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.


4) Merendahkan Paras Kolestrol

Halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.


5) Dapat Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak

Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.


6) Mengurangkan Sakit Kepala

Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapa membantu megurangkan sakit kepala.


7) Menguatkan Imuniti

Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.


8) Membantu Penghadaman

Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

 

Dapatkan Teh Halia Anda



Join Telegram Channel kami untuk info semasa