Pengenalan
Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda. Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. Punca jeragat ialah disebabkan oleh penghasilan komponen melanin secara berlebihan pada kulit anda. Melanin bertanggungjawab dalam proses pigmentasi atau penghasilan warna pada kulit dan juga rambut.
Terdapat 2 keadaan di mana ia menjadi punca jeragat iaitu:
#1. Ephelides: ia disebabkan oleh pendedahan kulit kepada cahaya matahari dan juga kesan terbakar daripada cahaya tersebut. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang tidak melindungi diri daripada sinar UV. Masalah ini lebih kerap berlaku pada mereka yang mempunyai kulit berwarna cerah.
#2. Lentigin solar: jenis jeragat ini muncul ketika seseorang itu telah dewasa. Ia lebih mudah berlaku pada mereka yang berbangsa Caucasian dan juga mereka yang berumur lebih 40 tahun.
Cara Hilangkan Jeragat Secara Tradisional Bagi Anda Yang Mengalami Masalah Ini :
Petua 1:
Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan keseluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Petua 2:
Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 3:
Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Petua 4:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Boleh juga dapatkan Nur 'S' Skincare untuk menghilangkan jeragat dan jerawat anda!
Dapatkan Nur 'S' Skincare Anda
0 Comments