Bawang Putih


PENGENALAN

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakkan.

KHASIAT BAWANG PUTIH


1. Melegakan Selesema

Bawang Putih mengandungi asid amino yang mampu mengurangkan potensi  terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.


2. Antibiotik Semulajadi

Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan.


3. Melindungi Jantung

Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.


4. Menguatkan tulang wanita

Makan bawang putih dapat membantu kaum wanita meningkatkan kadar hormon estrogen serta mencegah proses pereputan tulang.


5. Mencegah Penyakit Alzheimer

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf.


6. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.


7. Menurunkan Tekanan Darah

Pengambilan ekstrak bawang putih atau empat ulas mentah setiap hari dapat  membantu dalam menurunkan tekanan darah.


8. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis


9. Mengurangkan Risiko Kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.


10. Mengandungi Banyak Iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.


11.Membantu Sistem Pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.


12. Mengurangkan Risiko Strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.


13. Anti Bakteria Dan Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Dapatkan Kapsul Bawang Putih Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa










f