Bee Pollen


PENGENALAN

Bee Pollen atau “ Serbuk Sari Lebah” adalah campuran sari bunga, nekar, enzim, madu, lilin lebah dan rembesan lebah. Bee Pollen dianggap sebagai salah satu makanan yang berkhasiat kerana ia mengandungi hampir semua nutrien yang diperlukan oleh manusia seperti protein, asid amino, vitamin, termasuk B-kompleks, dan asid folik. Kandungan proteinnya adalah lebih tinggi daripada mana-mana sumber haiwan. 


MANFAAT BEE POLLEN


1. Membekal Dan Meningkatkan Tenaga 

Kandungan karbohidrat, protein dan vitamin B yang terdapat dalam Bee Pollen membantu  meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan.


2Masalah Kerengsaan Kulit 

Bee Pollen sering digunakan dalam produk topikal yang bertujuan untuk merawat keradangan dan kegatalan pada kulit  seperti psoriasis atau ekzema. Asid amino dan vitamin melindungi kulit dan membantu pertumbuhan semula sel-sel.


3Sistem Pernafasan 

Bee Pollen mengandungi antioksidan yang tinggi yang membantu mengurangkan masalah anti-radang pada tisu paru-paru dan menghalang serangan asma.



4. Melegakan Alahan/Alergik 

Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan. Masalah kesihatan yang berpunca dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan. Ini membuktikan bahawa debunga lebah membantu terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.



5. Sistem Pencernaan 

Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.



6. Meningkatkan Sistem Imun 

Debunga adalah baik untuk usus dan menguatkan sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan dari serangan radikal bebas.



7. Mengurangkan Ketagihan/ Keinginan 

Digunakan secara holistik untuk penyembuhan ketagihan dan menghalang keinginan dari terus ketagih. Disebabkan sifat debunga yang mampu menghalang sesuatu keinginan, ia membantu dalam pengurusan penurunan berat badan.



8. Menyokong Sistem Kardiovaskular 

Debunga lebah mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.



9. Membantu Masalah Prostat 

Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil.



10. Masalah Ketidaksuburan 

Debunga Lebah bertindak merangsang dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormon.






Dapatkan Bee Pollen Anda 




Join Telegram Channel kami untuk info semasa